Bilangan Ahli Baru Parti Keadilan Rakyat KPB Meningkat
KAMPUNG PASIR BARU - Bilangan ahli baru yang menyertai Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) Cawangan kampung Pasir Baru disini terus menunjukkan peningkatan.
Ketua PKR Cawangan Kampung Pasir Baru, Jamaluddin Kassim 57,berkata peningkatan bilangan ahli baru yang menyertai parti itu menunjukkan parti tersebut sudah mula diterima ramai.
"Sekatat sekarang,kami sudah menerima lebih kurang 50 ahli baru dari Kampung Teratai dan menjadikan jumlah keseluruhan ahli PKR cawangan ini melebihi 100 orang. Apa yang membanggakan,penyertaan itu kebanyakannya adalah dari golongan muda dan kami yakin selepas ini,bilangan ahli akan bertambah,"katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Jamaluddin, penyertaaan ahli baru itu mungkin disebabkan faktor aktiviti kemasyarakatan yang diadakan sebelum ini.
" Cawangan ini beroperasi sejak 2000 dan pelbagai aktiviti yang kami jalankan sesama ahli.Terbaru penganjuran Hari Keluarga disungai Congkak ( Klik Sini ). Bukan sekadar mengeratkan silaturahim,tetapi aktiviti itu juga dapat memotivasikan ahli.
"Program dan aktiviti yang kami jalankan selalunya menerima sambutan daripada ahli.Kami akan pastikan setiap tiga bulan sekali,kami mempunyai satu aktiviti untuk mengumpulkan semua ahli yang ada,".katanya
Jelasnya,kebanyakan aktiviti yang diadakan tertumpu kepada program yang memberi motivasi,sukan dan lasak.
"Selepas ini,golongan wanita pula akan mengadakan aktiviti mereka dan sebenarnya mereka banyak menyumbang kepada kelancaran perjalanan sesuatu aktiviti itu.
"Selain aktiviti sebegitu,kami sering mengadakan gotong-royong bersama,terutamanya pada majlis perkahwinan,selain program anjuran bersama PAS cawangan disini,"Katanya.
Sumber dari Akbar Sinar Harian
Friday, June 6, 2008
Bilangan Ahli Baru PKR KPB Meningkat
Posted by Parti Keadilan Rakyat at 9:09 AM
Labels: Hakcipta Terpelihara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment